30 March, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011


Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2011 telah berjaya dijalankan pada 29hb March 2012 di Dewan Terbuka SMK Bahang Penampang. YB Datuk Edward Khoo telah hadir merasmikan majlis tersebut dan juga telah menyumbang wang tunai kepada penerima anugerah cemerlang PMR, SPM dan STPM. Terima kasih Datuk Edward Khoo! Tahniah kepada semua penerima anugerah dan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama menjayakan majlis tersebut.























21 March, 2012

Keputusan SPM 2011


Keputusan SPM 2011 telah dikeluarkan pada 21 MAC 2012. Terdapat peningkatan pada keputusan SPM 2011. Statistik peningkatan akan diumumkan kelak. Tahniah kepada semua yang telah berjaya dalam SPM mereka.










06 March, 2012

Perhimpunan Bulanan yang Pertama

Perhimpunan Bulanan yang pertama telah diadakan pada 05 MAC 2012 bersamaan hari Isnin di mana seluruh warga SMK Bahang, Sidang Pagi dan Sidang Petang telah berkumpul bersama mengadakan perhimpunan ini. Perhimpunan yang diadakan dari jam 12 tengahari itu telah berakhir tepat pada jam 1 tengahari sebagaimana yang telah dirancanga.

Pada perhimpunan bulanan ini, Majlis Perlantikan Pengawas oleh Badan Pengawas telah diadakan dengan jayanya dimana pengawas-pengawas yang dilantik diberi watikah perlantikan dan tali leher pengawas oleh Puan Pengetua Cemerlang, Puan Clare @ Clari Sikodol. Diikuti dengan ikrar pengawas dan ucapan oleh Ketua Pengawas Adik Alex Richard Michael dari Tingkatan 6 Atas 2. 

Selesai sahaja Majlis Perlantikan Pengawas, Perlancaran Bulan Anti Dadah telah dilancarkan oleh Puan Pengetua Cemerlang di bawah urusan Unit Bimbingan dan Kauseling. Ikrar Bulan Anti Dadah juga diketuai oleh Adik Alex Richard Michael. Disusuli dengan ucapan PK Pentadbiran dan ucapan Pengetua Cemerlang. 

Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama menjayakan perhimpunan bulanan yang pertama ini.