30 July, 2012

Leo's Installation


Leo's Installation telah dijalankan pada Sabtu lepas iaitu pada 28.07.2012 di dewan terbuka SMK Bahang Penampang dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Ini dijalankan untuk ahli-ahli baru dan perlantikan AJK Kelab Leo sesi 2012/2013. Selepas installation, mereka diberi orientasi tentang Kelab Leo. 













17 July, 2012

Kejohanan Sukan Tahunan 2012


Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bahang Tahun 2012 telah diadakan pada 16hb hingga 17hb Julai 2012 bertempat di Kompleks Sukan Penampang. Walaupun keadaan cuaca yang hujan, namun acara sukan telah berlangsung dengan baik.





15 July, 2012

Kursus Kepimpinan 2012



 Kursus Kepimpinan telah diadakan pada 14hb Julai 2012, bertempat di 2nd Beach Tanjung Aru dan Dewan Terbuka SMK Bahang. Sebanyak 83 orang Pengawas dari Sidang Pagi dan Sidang Petang telah mengikuti kursus sehari ini. Di antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Ceramah Kepimpinan, Membina Istana Pasir, Telur Amanah, Public Speaking, nyanyian dan tarian. Kursus ini dianjur oleh Unit Bimbingan dan Kauseling dengan kerjasama guru-guru Pengawas dan guru-guru SMK Bahang.


















05 July, 2012

Program Membaca NILAM



 Program Membaca telah diadakan pada hari ini 5hb Julai 2012 di tapak perhimpunan. Pelajar-pelajar dan guru-guru telah membaca selama 30 minit yang diperuntukkan. 




My School Rocks 2012


Pasukan Penari My School Rocks 2012 SMK Bahang Penampang telah meraikan kemenangan tempat ketiga dalam pertandingan menari My School Rock 2012. Tahniah kepada pasukan SMK Bahang! Johan pertandingan tersebut dimenangi oleh SM La Salle.



Anugerah Merit Club Award








Kelab Leo SMK Bahang Penampang telah dianugerahkan dengan Merit Club Award, yang mana telah dianugerahkan semasa mereka menyertai Forum Leo yang telah diadakan di Hotel Perkasa Keningau pada cuti pertengahan tahun ini. Tahniah kepada ahli-ahli Kelab Leo SMK Bahang!