26 September, 2012

Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan

Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan telah diadakan pada 24hb September di Dewan Terbuka SMK Bahang Penampang. Perhimpunan gabungan tersebut disaksikan oleh warga SMK Bahang dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya adalah nyanyian, tarian, deklamasi sajak, ucapan. Pemenang-pemenang untuk pertandingan sepanjang bulan Kemerdekaan juga telah diberikan. Tahniah kepada Panitia Sejarah dan Bidang Kemanusiaan, dengan kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan program ini. Semoga penghayatan kemerdekaan pada tahun ini lebih memberi pengertian yang lebih mendalam kepada semua. 

















SMK Bahang juga telah menjadi JOHAN dalam Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Peringkat Daerah Penampang dan JOHAN Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Penampang. Tahniah kepada SMK Bahang! 



10 September, 2012

Pertandingan Tenis Terbuka SMKB


Pada 8 September 2012, Kelab Tenis telah menganjurkan pertandingan tenis di Gelanggang Tenis Kompleks Sukan Likas, pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Tujuan penganjuran ini adalah untuk memajukan sukan tenis sebagai sukan teras di sekolah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi serta melahirkan pelajar –pelajar yang aktif dari segi rohani ,jasmani, intelek dan sosial.

       Pertandingan tenis ini dikategorikan kepada tiga kategori iaitu
-Kategori Individu Terbuka
-Kategori Bergu Terbuka
-Kategori Guru Terbuka

       
Keputusan Pertandingan

Kategori Individu Terbuka

Tempat Pertama            :           Dexter Bryner Boid (6 Atas1)
Tempat Kedua               :           Johari Liew (6 Atas1)
Tempat Ketiga               :           Tamina (6 Atas1)

Kategori Bergu Terbuka

Tempat Pertama            :           Johari Liew (6 Atas1) dan Lazim (6 Rendah1)
Tempat Kedua               :           Tamina (6 Atas1) dan Daniel Albert Lowson (6 Atas1)
Tempat Ketiga               :           Dexter Bryner Boid (6 Atas1) dan Puan Malliga Palanisamy

Kategori Guru Terbuka

Tempat Pertama            :           Puan Juriany Ho
Tempat Kedua               :           Cik Latifah Yusof Embun
Tempat Ketiga               :           Puan Malliga Palanisamy

Ribuan terima kasih kepada pihak sekolah serta sumbangan ahli jawatan kuasa Kelab Tenis SMK BAHANG dalam menjayakan pertandingan ini.



05 September, 2012

Suasana Kemerdekaan ke-55 di SMK Bahang


Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-55 Malaysia! Apakah pengertian Kemerdekaan pada diri anda? Hayati dan bersyukur dengan kemerdekaan yang dinikmati selama ini. Pengorbanan dan jasa pemimpin dan pahlawan kita sebelum ini dan kini adalah amat penting dalam mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!