22 February, 2012

Tokoh NILAM Pra Negeri Kota Kinabalu


 Tahniah Errecca Georgetin telah memenangi Tokoh NILAM Pra Negeri Kota Kinabalu 2012





Penerangan Penyerahan Bahan Pusat Sumber


 Pada 21hb Februari 2012, wakil dari Perpustakaan Negeri Sabah telah membuat lawatan ke Pusat Sumber SMK Bahang Penampang dan memberi penerangan bagaimana membuat Penyerahan Bahan Penulisan. Maklumat tersebut sungguh berguna untuk AJK Pusat Sumber. Terima kasih kepada Perpustakaan Negeri Sabah atas kunjungan tersebut!












19 February, 2012

Mesyuarat AGM PIBG 2012


Mesyuarat AGM PIBG Kali Ke 13 Sesi 2012/2013 telah diadakan pada 18hb Februari 2012 dengan jayanya. Selain dari mesyuarat AGM tersebut, pelancaran van baru sekolah juga telah diadakan dan telah dilancarkan oleh YB Datuk Donald Peter Mojuntin (Pembantu Menteri Kewangan II). Booth pameran juga diadakan dari CIMB Bundunsan, Nissan, EON dan station menderma darah yang diadakan di Kantin Sekolah. Selain itu, terdapat juga cabutan tiket bertuah.

Perlantikan AJK PIBG berjalan dengan baik, dengan perlantikan semula YDP Encik Shukor Mohd Suod dan Timbalannya Encik H. Abduraman H. Alawi, Setiausaha Pn. Suzanna dan timbalannya Puan Juliette Santilo, Bendahari Encik Donny Ng dan timbalannya En. Petrus Mipolis Jikiun. 

Terima kasih kepada semua pihak yang telah meluangkan masa menghadiri AGM PIBG pada tahun ini, bersama-sama dengan guru dan ibu bapa, SMK Bahang Penampang akan terus maju dan bertambah baik.
 












11 February, 2012

Selamat Berpindah Puan Nurijam Ilma


Puan Nurijam Ilma telah dipindahkan ke SMK Agama Inanam. Jamuan Perpisahan untuk beliau telah diadakan di Bilik ERT SMK Bahang Penampang pada 11 Februari 2012. Selamat bertugas di tempat baru Puan Nurijam. Jasamu di sekolah ini akan sentiasa dikenang.