01 February, 2010

Sukantara 2010

Sukantara 2010 telah diadakan pada 27 Januari 2010 di antara rumah-rumah sukan di padang SMK Bahang. Tiga acara yang diadakan yang mana melibatkan semua pelajar SMKB. Acara tersebut adalah 80m larian, lontar peluru dan lompat jauh. Sesi P&P telah disambung semula selepas waktu rehat, manakala sidang petang mengadakan sukantara mereka selepas waktu rehat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Cikgu Lim membuat pemanasan badan sebelum sukantara diteruskan



Laporan dan gambar disediakan oleh Ms.LaT

28 January, 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 23hb Januari 2010. Sambutan dari ibubapa adalah amat memuaskan dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan mesyuarat ini. Perlantikan jawatankuasa baru PIBG telah diadakan dan tahniah kepada mereka yang telah terpilih dan dilantik. Semoga SMKB akan lebih berjaya dan maju dibawah kerjasama antara guru-guru dan PIBG.

Jawatankuasa PIBG 2009

Mr. Lim merujuk kepada minit mesyuarat lalu

Jawatankuasa PIBG yang baru untuk 2010

Encik Shukor sebagai YDP baru PIBG

Laporan dan gambar disediakan oleh Ms.Lat Y. E.