05 May, 2011

Fire Drill 2011

Aktiviti Fire Drill telah diadakan di SMK Bahang pada 04hb Mei 2011, dengan kerjasama Pasukan Bomba yang sudi meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti tersebut. Loceng fire drill dibunyikan pada jam 11:30 pagi dan seluruh warga SMKB telah mengosongkan bangunan dengan cepatnya. Tahniah kepada semua yang terlibat, terutama sekali Encik Zubir yang telah merancangkan aktiviti tersebut. 












01 May, 2011

Sukantara 2011


Sukantara telah diadakan pada 30hb April 2011 bertempat di padang SMK Bahang. Acara larian, lompat jauh dan lontar peluru telah diadakan di antara rumah sukan Zamrud, Intan, Nilam dan Delima. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sukantara pada tahun ini.