Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-55 Malaysia! Apakah pengertian Kemerdekaan pada diri anda? Hayati dan bersyukur dengan kemerdekaan yang dinikmati selama ini. Pengorbanan dan jasa pemimpin dan pahlawan kita sebelum ini dan kini adalah amat penting dalam mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
05 September, 2012
16 August, 2012
Pelancaran Bulan Merdeka
Pelancaran Bulan Merdeka telah diadakan pada 13hb Ogos 2012 semasa perhimpunan gabungan diadakan. Pelancaran itu telah dirasmikan oleh Puan Pengetua Cemerlang SMK Bahang, Puan Clari @ Clare Sikodol dengan mengibarkan bendera Malaysia. Sepanjang bulan Merdeka, pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dikelolakan oleh Panitia Sejarah akan diadakan dan pelajar-pelajar diingatkan untuk mengikuti aktiviti tersebut. Sila rujuk pada risalah yang telahpun diedarkan di kelas masing-masing.
Pelancaran ini diikuti dengan bacaan puisi dalam pelbagai bahasa yang terdiri dari Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Kadazan, Bahasa Iban dan Bahasa Cina oleh guru-guru SMK Bahang. Selepas itu, nyanyian lagu patriotik juga dinyanyikan dengan penuh semangat. Bacaan puisi 'Suara dari Pusara' juga telah dimainkan untuk penghayatan erti kemerdekaan.
Selamat Hari Mederka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Subscribe to:
Posts (Atom)













