15 April, 2011

Kutipan Derma Mangsa Gempa Bumi & Tsunami Jepun

Dengan kerjasama antara Persatuan Matematik dan Sains serta Kelab Leo, kutipan derma mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun telah dibuat semasa Mesyuarat Agung  PIBG dan disambung semasa persekolahan. Derma tersebut telah diserahkan kepada penasihat PBSM Penampang, iaitu Datin Celestina Jinu yang sudi meluangkan masa pada Rabu lalu bersamaan 13hb April 2011 untuk menerima derma tersebut untuk disalurkan kepada tabung mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun. Terima kasih kepada semua warga SMKB dan PIBG atas sumbangan ikhlas mereka. Tahniah juga kepada Persatuan Matematik dan Sains serta Kelab Leo atas inisiatif dan keprihatinan mereka. 










No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.