25 June, 2011

Sambutan Hari Guru & Pesta Menuai Peringkat SMKB

Sambutan Hari Guru dan Pesta Menuai Peringkat Sekolah telah diadakan pada 24hb Jun 2011 (Jumaat) dengan meriahnya. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah Pertandingan Bola Sepak, Pertandingan Bola Jaring, Pentaque, Sukaneka dan diikuti dengan persembahan-persembahan menarik. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang, dan lucky draws juga diadakan. Malahan hadiah istimewa juga dianugerahkan kepada guru-guru. Anugerah tersebut adalah :-

Guru Paling Sporting - Puan Elisyanti Mohd Noh
Guru Paling Tegas - Encik Mohd Zubir
Guru Paling Kreatif - Cik Latifah Yusof Embun
Guru Paling Dedikasi - Puan Usha Pillai
Guru Paling Stylo - Puan Lydianna

Tahniah kepada barisan pengawas dan Pra-U yang telah merancang dan melaksanakan sambutan ini dengan jayanya. 






























No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.