28 July, 2011

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan


Pada 24hb hingga 28hb Julai yang lalu, seorang pelajar kita iaitu Mohd. Asyraf Mohd Kahar telah menyertai Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di Pusat Kokum di Labuan. Sepanjang beliau berada di sana, beliau telah menyertai aktiviti kawad berpasukan lelaki dan jalan lasak berpasukan. Bagi kedua-dua aktiviti ini beliau telah mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada Mohd Asyraf Mohd Kahar! 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.