20 January, 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

Persembahan Tarian Singa telah diadakan di SMKB pada 20hb Januari 2012 sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 23hb Januari 2012 nanti. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, iaitu Tahun Naga pada tahun ini kepada semua warga SMKB yang berbangsa Cina. Sesi persekolahan akan tutup selama seminggu iaitu perayaan Tahun Baru Cina pada 23hb dan 24hhb Januari, cuti peristiwa pada 25hb Januari dan cuti berganti pada 26hb dan 27hb Januari 2012. Sesi persekolahan akan dibuka semula pad 30hb Januari 2012. Selamat bercuti kepada semua warga SMKB.




 






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.