26 September, 2012

Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan

Penutupan Bulan Penghayatan Kemerdekaan telah diadakan pada 24hb September di Dewan Terbuka SMK Bahang Penampang. Perhimpunan gabungan tersebut disaksikan oleh warga SMK Bahang dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya adalah nyanyian, tarian, deklamasi sajak, ucapan. Pemenang-pemenang untuk pertandingan sepanjang bulan Kemerdekaan juga telah diberikan. Tahniah kepada Panitia Sejarah dan Bidang Kemanusiaan, dengan kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan program ini. Semoga penghayatan kemerdekaan pada tahun ini lebih memberi pengertian yang lebih mendalam kepada semua. 

















SMK Bahang juga telah menjadi JOHAN dalam Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Peringkat Daerah Penampang dan JOHAN Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Penampang. Tahniah kepada SMK Bahang! 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.