12 November, 2010

Majlis Graduasi Tingkatan 5, Pra-Uni dan Pendidkan Khas 2010

Majlis Graduasi Tingkatan 5, Pra-Uni dan Pendidikan Khas 2010 telah dijalankan dengan jayanya pada 11 November 2010 bertempat di Dewan Putera, Tun Fuad. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut. Tahniah juga kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan mereka di SMK Bahang. Selamat menempuh peperiksaan SPM dan STPM yang bakal tiba. Dengan iringan doa dari seluruh warga SMKB, semoga kejayaan jua yang dikecapi. Good luck!

30 October, 2010

SMKB Charity Dinner

Makan Malam Amal SMKB telah berjalan dengan jayanya. Tahniah kepada semua warga SMKB atas dedikasi dan kerjasama. Terima kasih juga kepada semua yang telah memberi kerjasama dan sumbangan mereka pada malam tersebut.


14 October, 2010

SMKB Charity Dinner

Jamuan Makan Malam Amal anjuran PIBG akan diadakan pada 29 Oktober 2010 bertempat di Dewan Putera, Bukit Padang, jam 7 malam. Tiket berharga RM80 dan RM100 boleh didapati dari PIBG dan guru-guru SMKB.

30 September, 2010

Doa Usaha Jaya

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan Tiga yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada 05 Oktober 2010 hingga 12 Oktober 2010. Dengan berkat usaha dan doa semua warga SMKB dan ibubapa, pelajar-pelajar akan bakal mencapai kejayaan.

Jangan lupa alat tulis, slip peperiksaan dan kad pengenalan sepanjang masa hari peperiksaan.


Good luck!

03 September, 2010

SELAMAT HARI RAYA

KAMI WARGA SMK BAHANG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH 
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT......


PULANGLAH DI HARI RAYA

30 August, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53.
1 Malaysia Menjana Transformasi

13 August, 2010

BULAN RAMADHAN

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA STAFF SMK BAHANG
YANG BERAGAM ISLAM. SEMOGA PUASA DAN IBADAT KITA
DI BULAN YANG MULIA INI DITERIMA OLEH ALLAH...
INSYA ALLAH

09 August, 2010

Pertandingan Penulisan Esei "No Plastic Bag" PPD Penampang

Pertandingan Penulisan Esei Sempena Perlancaran Kempen 'No Plastic Bag' Peringkat Daerah Penampang 2010 telah diadakan oleh Environmental Action Committee Penampang. Pelajar kita, Michelle Ng Yee Jin dari Tingkatan 4 Sains telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah!


08 August, 2010

Kem Bidang 2 PMR 2010

Kem Bidang II dan Program Anak Angkat PMR 2010 telah diadakan selama dua hari bermula 07 Ogos 2010 hingga 08 Ogos 2010 bertempat di SMK Bahang Penampang. Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3 Cemerlang, 3 Dedikasi dan 3 Dinamik. Berkat kerjasama dari guru-guru dan pelajar-pelajar, program ini telah berjalan dengan jayanya. Semoga dengan berkat dan bimbingan sepanjang kem ini diadakan, pelajar-pelajar kita boleh berjaya dalam PMR mereka kelak nanti.



Gambar oleh Pn. Norlijah dan Cik Latifah Y. E.