27 February, 2011

Skor A 2011

Pada 26 Februari 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG SMKB telah menlancarkan program Skor A 2011 yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 yang terpilih untuk program tersebut. Dengan kehadiran ibu baapa pelajar-pelajar, bacaan sumpah ikrar dan menandatangani akur janji program tersebut, para hadirin juga diberi ceramah tentang peranan ibu bapa yang menarik dan mantap. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut. 

























14 February, 2011

Pelantikan Pengawas 2011

Perlantikan Pengawas Sesi 2011 telah diadakan pada perhimpunan pagi ini dengan pemberian watikah perlantikan, pembacaan ikrar dan ucapan dari ketua pengawas Mohd Asraf dari Pra-U. Penolong ketua pengawas adalah Jerry Yacob dari Tingkatan 5 Sains. Perlantikan pengawas yang disaksikan oleh warga SMKB ini mencerminkan identiti disiplin yang kukuh dari para pendidik dan pelajar. Tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik. Selamat menjalankan tanggungjawab anda.







02 February, 2011

Happy Lunar New Year 2011

Persembahan tarian singa telah diadakan pada 28 Januari 2011 di gelanggang bola keranjang SMKB pada waktu tengahari, sempena merayakan perayaan Tahun Baru Cina. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga SMKB yang berbangsa Cina. Sekolah akan mula bercuti pada 31 Januari 2011 hingga 06 Februari 2011.