21 January, 2012

Kejohanan Merentas Desa MSSD Penampang 2012


Kejohanan Merentas Desa MSSD Penampang Tahun 2012 telah diadakan di SMK Bahang Penampang, selaku tuan rumah pada tahun ini pada 21hb Januari 2012. Kejohanan tersebut berjaya dijalankan berkat kerjasama semua pihak. Tahniah kepada semua yang telah memenangi kejohanan tersebut. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut secara keseluruhan.

Kejohanan keseluruhan

Pertama - SMK Datuk Peter Mojuntin
Kedua - SMK Tansau
Ketiga - SMK St Michael




































20 January, 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

Persembahan Tarian Singa telah diadakan di SMKB pada 20hb Januari 2012 sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 23hb Januari 2012 nanti. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina, iaitu Tahun Naga pada tahun ini kepada semua warga SMKB yang berbangsa Cina. Sesi persekolahan akan tutup selama seminggu iaitu perayaan Tahun Baru Cina pada 23hb dan 24hhb Januari, cuti peristiwa pada 25hb Januari dan cuti berganti pada 26hb dan 27hb Januari 2012. Sesi persekolahan akan dibuka semula pad 30hb Januari 2012. Selamat bercuti kepada semua warga SMKB.




 






Jamuan Perpisahan Encik Suhaimi

Jamuan Perpisahan untuk En. Suhaimi telah diadakan di bilik ERT pada 20hb Januari, di mana beliau akan berpindah tempat bertugas atas kenaikan pangkat ke Guru Akademik. Tahniah diucapkan kepada En. Suhaimi dan selamat bertugas di tempat baru. Jasamu sentiasa dikenang.