28 January, 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 23hb Januari 2010. Sambutan dari ibubapa adalah amat memuaskan dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan mesyuarat ini. Perlantikan jawatankuasa baru PIBG telah diadakan dan tahniah kepada mereka yang telah terpilih dan dilantik. Semoga SMKB akan lebih berjaya dan maju dibawah kerjasama antara guru-guru dan PIBG.

Jawatankuasa PIBG 2009

Mr. Lim merujuk kepada minit mesyuarat lalu

Jawatankuasa PIBG yang baru untuk 2010

Encik Shukor sebagai YDP baru PIBG

Laporan dan gambar disediakan oleh Ms.Lat Y. E.

21 January, 2010

Merentas Desa

Berkat kerjasama dari semua pihak, aktiviti merentas desa 2010 telah dapat dijalankan dengan lancar dan baik pada Sabtu minggu pertama persekolahan, iaitu pada 09hb Januari 2010. Pelajar-pelajar yang telah memenangi aktiviti ini juga telah mewakili sekolah untuk merentas desa peringkat Daerah dan juga mendapat tempat dalam aktiviti tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua pihak atas kerjasama dan dedikasi yang baik.

Disediakan oleh Ms.Lat Y. E.