30 May, 2011

KDCA ISCEP Concert 2011

Konsert KDCA ISCEP 2011 telah berjalan dengan jayanya pada 28 Mei 2011 dengan persembahan-persembahan hebat yang telah dipersembahkan oleh murid-murid dari sekitar negeri Sabah. Pelajar kita telah mempersembahkan tarian traditional Sumazau yang cukup menarik. Syabas kepada pelajar-pelajar SMKB dan guru-guru yang terlibat.

Dengan kesempatan ini juga diucapkan Selamat Menyambut Perayaan Pesta Menuai kepada semua warga SMKB. Selamat bercuti. 





27 May, 2011

HARI GURU PERINGKAT DAERAH PENAMPANG 2011

Anugerah Guru Inovasi Perdana Sekolah Menengah (Individu)
Peringkat: Daerah Penampang
Tarikh: Mei 2011
Penerima hadiah: Cikgu Ling Mei Teng (SMK Bahang)


Pada masa yang sama, SMK Bahang turut mempersembahkan Koir (Cikgu Peter, Cikgu Ling Mei Teng, Cikgu Lyndiana Jaikul, Cikgu Annie Pius, Cikgu Masitah, Cikgu Sherly, Cikgu Jelin, Cikgu Ivan, Cikgu Lerin, Cikgu Felicia Jimmy, Cikgu Febrey, Cikgu Jelsie, Cikgu Evalentina, Cikgu Jude)

 

dan 

Tarian Kreatif (yang dibimbing oleh Cikgu Lyndiana Jaikul dan Cikgu Annie Pius).



20 May, 2011

Pertandingan Drama B.Inggeris Sekolah Menengah Peringkat Negeri


Tahniah kepada Pasukan Drama B.Inggeris SMKB yang telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah yang telah diadakan di SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, kelmarin bersamaan dengan 19hb Mei 2011. Pasukan ini juga telah berjaya memenangi Best Script yang dimenangi oleh adik Mohd Eqhwammedzadt dari 5 Sains Tulen dan Best Performer oleh adik Wester Maljos dari 5 Cemerlang. Pasukan tersebut telah diiringi oleh Cikgu Salome Chin dan Cikgu Peter M. Thomas. 

SM St Patrick Tawau telah memenangi tempat pertama manakala SM St Joseph Papar mendapat tempat kedua. Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya mendapat tempat. 

16 May, 2011

Selamat Hari Guru Peringkat Kebangsaan


Selamat Hari Guru Peringkat Kebangsaan kepada semua warga guru SMKB. Jasamu sentiasa dikenang!

10 May, 2011

Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Peringkat Daerah

Pada 5hb Mei 2011, SMK Bahang telah menghantar pasukan penari untuk Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Peringkat Daerah di SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang. Pasukan SMKB telah menjadi naib johan dalam pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah kepada mereka!









05 May, 2011

Fire Drill 2011

Aktiviti Fire Drill telah diadakan di SMK Bahang pada 04hb Mei 2011, dengan kerjasama Pasukan Bomba yang sudi meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti tersebut. Loceng fire drill dibunyikan pada jam 11:30 pagi dan seluruh warga SMKB telah mengosongkan bangunan dengan cepatnya. Tahniah kepada semua yang terlibat, terutama sekali Encik Zubir yang telah merancangkan aktiviti tersebut. 












01 May, 2011

Sukantara 2011


Sukantara telah diadakan pada 30hb April 2011 bertempat di padang SMK Bahang. Acara larian, lompat jauh dan lontar peluru telah diadakan di antara rumah sukan Zamrud, Intan, Nilam dan Delima. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sukantara pada tahun ini.