18 April, 2013

KARNIVAL KESENIAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SABAH


Syabas dan Tahniah PPKI SMK BAHANG kerana berjaya mendapat tempat ke-2 sempena Karnival Kesenian P.Khas Peringkt Negeri Sabah. Pertandingan ini disertai 4 buah sekolah iaitu SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Nabawan, SMK Kuala penyu dan SMK Bahang.  























10 April, 2013

MERENTAS DESA SMKB 2013
Pada 6 April 2013 hari Sabtu sekolah kami telah mengadakan Larian Merentas Desa. Larian itu telah dimulakan dengan senamrobik dan kemudian pelajar-pelajar dilepaskan mengikut kategori masing-masing.  Cuaca pada pagi itu mendung tetapi semua pelajar dapat menghabiskan larian tersebut sebelum hujan turun dengan lebatnya.  Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana menjayakan larian merentas desa ini.













09 April, 2013

PUBLIC SPEAKING  - PERINGKAT DAERAH PENAMPANG

Pada 4 April 2013 sekolah kami telah menngajur pertandingan Public Speaking peringkat Daerah Penampang. Seramai 6 buah sekolah iaitu SM ST Michael, SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Limbanak , SMK Tansau, SMK Putatan dan SMK Bahang   telah bertanding untuk mencari Public Speaker yang terbaik untuk daerah Penampang. Seramai 11 peserta telah mengikuti pertandingan tersebut. Kami sungguh bertuah kerana Johan dan naib- Johan pertandingan tersebut telah dimenangi oleh sekolah .Tahniah diucapkan kepada  Koshigan s/o Guvalakrisnan dan Dayang Khaleeda Datu Ernza  dari SMK Bahang. Tempat ketiga dimenangi oleh Leelhani Yunneska Bt Abd Karim Dari SMK Putatan.