15 September, 2011

Sambutan Aidilfitri 2011

Sambutan Aidilfitri anjuran Kelab Guru telah diadakan di bilik ERT pada 14hb September 2011. Pelbagai hidangan dan kuih muih yang telah disediakan oleh para guru SMKB. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMKB. Maaf Zahir Batin.








14 September, 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2011 telah diadakan pada 14hb September 2011 di gelanggang bola keranjang dan kantin sekolah. Sambutan telah disambut dengan meriah sekali dengan Perarakan Unit Beruniform, persembahan kawat oleh Kadet Polis, nyanyian koir, Deklamasi Sajak oleh guru-guru SMKB (Cikgu Wan Ruslim, Cikgu Elisyanti, Cikgu Ling, Cikgu Florence, Cikgu Peter, Cikgu Roslinah dan adik Kumanan dari 5 Sains Tulen), penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti bulan Merdeka dan nyanyian beramai-ramai lagu-lagu kemerdekaan. Tahniah kepada jawatankuasa pengelola dan terima kasih kepada kerjasama semua pihak. 

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!


















09 September, 2011

Berita Terkini


Pada 23hb Ogos 2011, ceramah Pergigian telah diadakan di sekolah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.








*******************

Pada 25hb Ogos 2011, sekolah kita telah terpilih untuk membuat pengambaran serta temuduga oleh pasukan ASTRO Tutor Channel. Mereka telah menemuramah adik Jeremy dan adik Amanda dari Tingkatan 3 Wawasan serta adik Mivolil dan Elsie dari Tingkatan 5 Sains. Rakaman pengambaran mereka akan ditayangkan di ASTRO Tutor Channel PMR dan SPM sebelum peperiksaan PMR bermula pada bulan September. Tahniah kepada SMK Bahang Penampang dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama.