22 October, 2012

Pasaria SMK Bahang Penampang

Bazaar SMK Bahang Penampang yang telah diadakan pada 20 Oktober 2012 telah berlangsung dengan baik dan meriah, walaupun di hari hujan. Pelbagai gerai-gerai jualan makanan, minuman, permainan dan persembahan telah diadakan sepanjang jam 7 pagi hingga 4 petang. Pihak sekolah dan PIBG SMKB ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa mengunjungi SMK Bahang pada Sabtu lalu. Semoga dengan kunjungan dan sokongan dari semua pihak, matlamat dan objektif bazaar ini akan tercapai.