13 September, 2013

SMK BAHANG MENANG TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN DRAMA PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 25 hingga 28 Ogos 2013 SMK Bahang telah mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan drama di Kota Bahru, Kelantan. Seramai 15 pelajar dan 5 guru bersama-sama dengan pengetua sekolah telah ke Kelantan untuk menyaksikan pertandingan drama tersebut. Seramai 16 buah sekolah telah bertanding untuk menjadi johan kebangsaan pertandingan drama. Tempat pertama telah dimenangi oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya, tempat kedua negeri Kedah dan tempat ketiga negeri Sabah. Manakala dua saguhati dimenangi oleh Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pasukan drama sekolah sangat berterima kasih kepada Pengetua atas sokong beliau, guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan pertandingan ini, Jerry Yacob bekas pelajar SMK Bahang yang telah menyumbangkan tenaga dan idea kreatif dan sokongan warga SMK Bahang.