29 April, 2011

Forum Remaja 2011

SMK Bahang telah menghantar pasukan untuk Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Penampang 2011 yang telah diadakan di SMK Putatan, pada 28hb April 2011. Pasukan SMK Bahang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menyertai pertandingan tersebut yang terdiri daripada Mohd Eqhwwamedzadt, Nur Farah Fazeera, Jerry Yacob dan Afnie. 






22 April, 2011

Edible Architecture Competition 2011

* Sorry for late post...this is Edible competition in April 2011


TEACHER INCHARGE       :           PN. LING MEI TENG & PN. JURIANY HO
COMPETITION                   :           EDIBLE ARCHITECTURE COMPETITION 2011
                                                         (COLOUR OF CITY) 2010
DATE         :           22 APRIL 2011
TIME          :           0300-0430
VANUE      :           SABAH TRADE CENTRE

REPORT                                

Before joining this competition, each group had send two representative to attend the edible workshop at PAM Sabah Chapter, Damai on 2 April 2011. During the workshop, students learn the way of making building and 
bridge by using edible materials such as biscuits, corn and so on. They are also brief on the rules regulation.

Our school managed to get consolation prize comprised of RM300. All the participants will get the certificates. The group that wont the consolation prize was “Dimension of Skyscraper” by Alexandra, Vanessha, Erreca, Jeffery and Charlotte. Other group did not wont any prize by all of the students participate in this competition got the certificate.




Erreca, Alexsandra, Vanessha, Jefferey


Hasil yang mendapat saguhati

Model II

(Model III)



19 April, 2011

Perhimpunan 18 April 2011

SMK Bahang telah menghantar dua orang pelajar ke Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Penampang. Adik Afnie telah mendapat saguhati manakala adik Jerry Yacob mendapat tempat pertama. Tahniah kepada mereka!

Adik Afnie mendapat saguhati dalam pertandingan pidato

Adik Jerry Yacob mendapat tempat pertama dalam pertandingan pidato
Pada tahun 2010, sekolah kita telah menyertai The Star NiE Mag Inc 2010 yang dianjurkan oleh The Star newspaper. Kumpulan 'The Rhythm' telah memenangi Merit Awards dengan mendapat sijil merit dan pizza voucher sebanyak RM200.00. Tahniah kepada adik Mayrina, Jenny, Winston dan Michelle dari 4 Sains Tulen 2010.  



Sekolah kita akan menyertai lagi The Star NiE Mag Inc 2011 untuk kali ke-tiga pada tahun ini. Tema pada tahun ini adalah 'SPEAK OUT!' Pelajar-pelajar diminta untuk membentuk kumpulan yang terdiri dari 4 - 5 orang dan memberi nama kumpulan kepada guru-guru Bahasa Inggeris kelas masing-masing untuk tujuan pendaftaran. Untuk makluman lanjut penyertaan dan pertandingan, sila klik laman web ini  http://contests.thestar.com.my/nie/

16 April, 2011

Jogathon SMKB 2011

SMK Bahang, bersama dengan PIBG telah menganjurkan larian jogathon pada pagi ini. Program tersebut telah berjalan dengan jayanya, berkat kerjasama dari semua pihak. Tahniah kepada yang telah memenangi jogathon tersebut dan terima kasih kepada semua warga SMKB. Di akhir program, para guru sempat meraikan hari terakhir para guru-guru pelatih dengan memotong kek. Terima kasih kepada khidmat jasa mereka selama berada di SMKB. Jasamu akan dikenang selalu.

Pemenang-pemenang :-

Pelajar Menengah Rendah dan Sekolah Rendah (Lelaki)
Pertama - Miguel Victor
Kedua - Samuel Yahing
Ketiga - Michael Jakson

Pelajar Menengah Rendah dan Sekolah Rendah (Perempuan)
Pertama - Suzannie Daihan
Kedua - Siew May
Ketiga - Shelniegel Solzah

Pelajar Menengah Atas (Lelaki)
Pertama - Richard Renni
Kedua - Rizelrick Richard
Ketiga - Maximillian Wong

Pelajar Menengah Atas (Perempuan)
Pertama - Jouvenne Yunhin
Kedua - Fennella Elvie M
Ketiga - Erica Gabriel

Terbuka Orang Awam (Lelaki)
Pertama - Andarian Masidol
Kedua - Donny Ng
Ketiga - Shukor Mohd Suod
Keempat - H. Abdul Rahman Habib Alawi

Terbuka Orang Awam (Perempuan)
Pertama - Berta Lino
Kedua - Martina Chong
Ketiga - Juriany Ho
Keempat - Rose Mary
Kelima - Alimah
Keenam - Umi Kalthom
Ketujuh - Juliette Santinlo


























15 April, 2011

Kutipan Derma Mangsa Gempa Bumi & Tsunami Jepun

Dengan kerjasama antara Persatuan Matematik dan Sains serta Kelab Leo, kutipan derma mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun telah dibuat semasa Mesyuarat Agung  PIBG dan disambung semasa persekolahan. Derma tersebut telah diserahkan kepada penasihat PBSM Penampang, iaitu Datin Celestina Jinu yang sudi meluangkan masa pada Rabu lalu bersamaan 13hb April 2011 untuk menerima derma tersebut untuk disalurkan kepada tabung mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun. Terima kasih kepada semua warga SMKB dan PIBG atas sumbangan ikhlas mereka. Tahniah juga kepada Persatuan Matematik dan Sains serta Kelab Leo atas inisiatif dan keprihatinan mereka. 










13 April, 2011

Program Anak Angkat Bagi Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

SMK Bahang telah terpilih sebagai anak angkat untuk Program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Ibu Pejabat Penjara Negeri Sabah. Dengan kehadiran oleh Pengarah Penjara Sabah, YS PKK Mohd Sabri Bin Yaacob, telah melancarkan dan merasmikan program tersebut pada hari ini 13hb April 2011. Beliau telah memberi penerangan terperinci tentang program tersebut dan membuat lawatan di kawasan sekolah. Tahniah kepada SMKB kerana terpilih dalam program ini and semoga dengan program sedemikian, SMKB akan bertambah baik dari segala aspek.