30 July, 2011

JAMUAN PERPISAHAN CIKGU SARKAWI DAN CIKGU SAIB

Cikgu Sarkawi akan berpindah ke sekolah di daerah Sipitang manakala Cikgu Saib akan berpindah ke sekolah di daerah Pitas. Warga SMK Bahang mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan tuan berdua di sekolah ini.


TINGGAL KENANGAN





28 July, 2011

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan


Pada 24hb hingga 28hb Julai yang lalu, seorang pelajar kita iaitu Mohd. Asyraf Mohd Kahar telah menyertai Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di Pusat Kokum di Labuan. Sepanjang beliau berada di sana, beliau telah menyertai aktiviti kawad berpasukan lelaki dan jalan lasak berpasukan. Bagi kedua-dua aktiviti ini beliau telah mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada Mohd Asyraf Mohd Kahar! 

25 July, 2011

Disney My School Rocks

Pada 24hb Julai 2011, SMKB telah menghantar dua pasukan untuk bertanding dalam Disney My School Rocks yang telah diadakan di UMS, di bawah bimbingan Puan Lyndiana dan Puan Annie. SMKB juga telah menghantar pasukan sorak dan penyokong yang terdiri dari Tingkatan 5 Sains, 4 Sains 1 dan 5 Cemerlang, di bawah bimbingan Cik Latifah dan Puan Ling. Pertandingan tersebut telah bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Salah satu pasukan kita yang telah diketuai oleh Jerry Yacob telah memenangi pertandingan tersebut dengan mendapat tempat pertama dan pasukan sorak kita telah mendapat Best Cheerleader team. Syabas dan tahniah kepada pasukan SMKB yang telah memenangi pertandingan tersebut. Ini melayakkan mereka ke Peringkat Kebangsaan bersama dengan 4 pasukan lain. Untuk memenangi peringkat ini, mereka memerlukan undian anda yang akan dibuka dalam laman web mereka bulan hadapan. Sila beri sokongan anda dengan mengundi pasukan SMKB yang akan mewakili negeri Sabah! Terima kasih!

















19 July, 2011

Perkhemahan Kor Kadet Polis


PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI SABAH 2011
DI SMK AGAMA LIMAUAN PAPAR
12-16 JULAI 2011
2 orang pelajar SMK Bahang dipilih mewakili daerah Penampang.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
  1. Kawad kaki                     4. Menembak M16
  2. Jalan lasak                      5. Kebudayaan
  3. Bacaan kompas               6. Khidmat masyarakat
Seorang pelajar iaitu Mohd Asyraf Mohd Kahar dipilih mewakili negeri sabah
ke peringkat kebangsaan pada 24 - 28 Julai 2011 di Wilayah Persekutuan Labuan.


















WAKIL SMK BAHANG