09 April, 2012

Perhimpunan pada 09hb April 2012


Kelas 3 Wawasan telah memenangi Kelas Terbersih dan Ceria pada minggu lalu. Tahniah kepada Tingkatan 3 Wawasan!


SMK Bahang Penampang telah menghantar tiga pasukan untuk Pertandingan Edible Peringkat Negeri Sabah pada Good Friday lalu iaitu 6hb April 2012. Pasukan ketiga telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah. Gambar di atas : Penerima sijil penyertaan Pertandingan Edible Peringkat Negeri, pasukan pertama. 


Penerima sijil penyertaan pasukan kedua Pertandingan Edible Peringkat Negeri.


Pasukan Ketiga telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Edible Peringkat Negeri. Tahniah!


Penyerahan sijil penyertaan kepada Puan Pengetua Cemerlang.


Pada 4hb hingga 5hb April 2012, SMK Bahang Penampang telah menghantar Pasukan Lelaki di Bawah 18 tahun dan Pasukan Perempuan di Bawah 18 tahun untuk Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Penampang, di bawah pimpinan Puan Norlijah Othman dan Cik Wan Dayangku Syazwana Ag Matasan. Pasukan Lelaki telah menyandang JOHAN pada pertandingan tersebut, dua tahun berturut-turut, manakala pasukan perempuan mendapat tempat keempat. Tahniah kepada pasukan sekolah! 7 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili Daerah Penampang untuk bertanding peringkat Bahagian yang akan berlangsung pada Khamis ini. Mereka adalah Florick Geoffrey Kenson, David Shim, David Valentine, Jordan Calary, Bradly Stan Bernard, Gemma Kyla Gilbert dan Mitchellin Solibin. 











Penyerahan sijil penyertaan Pasukan Perempuan di bawah 18 tahun Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Penampang.


Perlancaran Bulan Alam Sekitar juga telah dibuat dengan kerjasama Kelab Pencinta Alam. Adik Alex Richard, selaku Ketua Pelajar telah mengangkat ikrar Bulan Alam Sekitar, diikuti dengan mimik perlancaran Bulan Alam Sekitar yang telah dirasmikan oleh Puan Pengetua Cemerlang. Pelbagai aktiviti telah disediakan dan pelajar-pelajar dijemput untuk menyertainya.











SMK Bahang Penampang juga merupakan ECO SCHOOL. Puan Pengetua Cemerlang telah menandatangani banner Eco School SMK Bahang.




02 April, 2012

Perlancaran Guru Penyayang


Perhimpunan Bulanan untuk bulan April telah diadakan pada 02hb April 2012 dengan jayanya. Perhimpunan yang menggabungkan pelajar-pelajar dan guru-guru Sidang Pagi dan Sidang Petang tersebut dengan dijalankan dengan perlancaran Guru Penyayang SMK Bahang Penampang, di bawah Unit Bimbingan dan Kauseling SMK Bahang. Perlancaran tersebut telah dilancarkan oleh Encik Haison Jahudin, Penolong Pegawai Daerah Penampang. Selain ucapan dari Puan Pengetua Cemerlang, Pn. Clari @ Clari Sikodol dan Encik Haison Jahudin, pemotongan kek untuk pelajar-pelajar yang lahir pada bulan April juga telah diadakan. Selamat Hari Jadi kepada semua pelajar-pelajar yang lahir pada bulan April 2012! 

Nyanyian lagu Guru Penyayang juga telah diadakan oleh guru-guru SMK Bahang, yang telah dicipta sendiri oleh Puan Shirley, guru Pendidikan Khas SMK Bahang Penampang.

Berikut adalah lirik lagu tersebut.

Guru Penyayang sentiasa ceria
Membimbing anak-anak bangsa hingga berjaya
Menghargai dan mengambil berat setiap masa
Mengajar dan menjaga pelajar tanpa lelah

C/O
Guru Penyayang sentiasa peduli
Penuh kasih sayang dan sikap mesra
Berbudi bahasa, saling menghormati
Ceria, prihatin dan sabar kepada pelajar
Guru Penyayang SMK Bahang.