08 February, 2010

Sukan Tahunan Ke-14 2010

Sukan Tahunan yang ke-14 merupakan aktiviti tahunan sekolah, telah diadakan pada 01 Februari dan bersambung pada 05 Februari 2010 di Kompleks Sukan Penampang. Dengan cadangan Puan Pengetua, semua ketua rumah sukan pada tahun ini adalah terdiri daripada guru-guru wanita iaitu Cik Norlijah (Ketua Rumah Delima), Cik Latifah (Ketua Rumah Zamrud), Pn Siti Araini (Ketua Rumah Intan) dan Pn Roslinah (Ketua Rumah Nilam). Semua acara sukan telah berjalan dengan jayanya berkat kerjasama dari semua pihak. Tahun ini, Rumah Sukan Intan telah menjadi juara keseluruhan, diikuti oleh Rumah Sukan Zamrud di tempat kedua dan Rumah Sukan Nilam di tempat ketiga. Tahniah kepada yang berjaya dan majulah sukan untuk negara!

Cikgu Norlijah, ketua rumah sukan Delima

Laporan dan gambar disediakan oleh Ms.LaT

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.