25 July, 2011

Disney My School Rocks

Pada 24hb Julai 2011, SMKB telah menghantar dua pasukan untuk bertanding dalam Disney My School Rocks yang telah diadakan di UMS, di bawah bimbingan Puan Lyndiana dan Puan Annie. SMKB juga telah menghantar pasukan sorak dan penyokong yang terdiri dari Tingkatan 5 Sains, 4 Sains 1 dan 5 Cemerlang, di bawah bimbingan Cik Latifah dan Puan Ling. Pertandingan tersebut telah bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Salah satu pasukan kita yang telah diketuai oleh Jerry Yacob telah memenangi pertandingan tersebut dengan mendapat tempat pertama dan pasukan sorak kita telah mendapat Best Cheerleader team. Syabas dan tahniah kepada pasukan SMKB yang telah memenangi pertandingan tersebut. Ini melayakkan mereka ke Peringkat Kebangsaan bersama dengan 4 pasukan lain. Untuk memenangi peringkat ini, mereka memerlukan undian anda yang akan dibuka dalam laman web mereka bulan hadapan. Sila beri sokongan anda dengan mengundi pasukan SMKB yang akan mewakili negeri Sabah! Terima kasih!

















No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.