19 February, 2012

Mesyuarat AGM PIBG 2012


Mesyuarat AGM PIBG Kali Ke 13 Sesi 2012/2013 telah diadakan pada 18hb Februari 2012 dengan jayanya. Selain dari mesyuarat AGM tersebut, pelancaran van baru sekolah juga telah diadakan dan telah dilancarkan oleh YB Datuk Donald Peter Mojuntin (Pembantu Menteri Kewangan II). Booth pameran juga diadakan dari CIMB Bundunsan, Nissan, EON dan station menderma darah yang diadakan di Kantin Sekolah. Selain itu, terdapat juga cabutan tiket bertuah.

Perlantikan AJK PIBG berjalan dengan baik, dengan perlantikan semula YDP Encik Shukor Mohd Suod dan Timbalannya Encik H. Abduraman H. Alawi, Setiausaha Pn. Suzanna dan timbalannya Puan Juliette Santilo, Bendahari Encik Donny Ng dan timbalannya En. Petrus Mipolis Jikiun. 

Terima kasih kepada semua pihak yang telah meluangkan masa menghadiri AGM PIBG pada tahun ini, bersama-sama dengan guru dan ibu bapa, SMK Bahang Penampang akan terus maju dan bertambah baik.
 












No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.