06 March, 2012

Perhimpunan Bulanan yang Pertama

Perhimpunan Bulanan yang pertama telah diadakan pada 05 MAC 2012 bersamaan hari Isnin di mana seluruh warga SMK Bahang, Sidang Pagi dan Sidang Petang telah berkumpul bersama mengadakan perhimpunan ini. Perhimpunan yang diadakan dari jam 12 tengahari itu telah berakhir tepat pada jam 1 tengahari sebagaimana yang telah dirancanga.

Pada perhimpunan bulanan ini, Majlis Perlantikan Pengawas oleh Badan Pengawas telah diadakan dengan jayanya dimana pengawas-pengawas yang dilantik diberi watikah perlantikan dan tali leher pengawas oleh Puan Pengetua Cemerlang, Puan Clare @ Clari Sikodol. Diikuti dengan ikrar pengawas dan ucapan oleh Ketua Pengawas Adik Alex Richard Michael dari Tingkatan 6 Atas 2. 

Selesai sahaja Majlis Perlantikan Pengawas, Perlancaran Bulan Anti Dadah telah dilancarkan oleh Puan Pengetua Cemerlang di bawah urusan Unit Bimbingan dan Kauseling. Ikrar Bulan Anti Dadah juga diketuai oleh Adik Alex Richard Michael. Disusuli dengan ucapan PK Pentadbiran dan ucapan Pengetua Cemerlang. 

Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama menjayakan perhimpunan bulanan yang pertama ini. 




















No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.