29 November, 2012

Pertandingan Teater Projek Listen


Pertandingan Teater Projek Listen Menangani Gejala Sosial, program semasa cuti yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, bersama dengan Green Leaf Theatre House. Pertandingan tersebut telah berlangsung kelmarin pada 28hb November 2012 bertempat di Grand Ballroom Wisma Wanita yang bermula dari jam 3 petang hingga 9 malam. 

Sebanyak 6 pasukan telah mengikuti pertandingan tersebut yang terdiri dari SMK Bahang Penampang, KK High School, SM Shan Tao, SM St Michael, SMK Putatan dan SMK Badin Tuaran. Dengan bertemakan pembuangan bayi dan penagihan dadah, persembahan teater tersebut dari semua pasukan adalah amat baik. 

Pasukan Teater SMK Bahang Penampang telah merangkul JOHAN pada pertandingan teater tersebut, diikuti oleh KK High School di tempat kedua dan SM Shan Tao di tempat ketiga. Manakala SM St Michael, SMK Putatan dan SMK Badin Tuaran mendapat saguhati. 

Pasukan kita telah memenangi sijil, trofi dan wang tunai RM3,500.00. Manakala pemenang Best Script telah dimenangi oleh KK High School dan Best Performer dari SMK Putatan. 

Tahniah kepada Pasukan Teater SMK Bahang Penampang. Mereka akan mempersembahkan teater mereka sekali lagi pada 22hb Disember 2012 di Muzium Sabah Heritage Village sempena dengan SPLASH KK. Ambillah peluang ini untuk menyaksikan persembahan teater mereka yang telah memenangi pertandingan ini. 

Pelakon kita terdiri daripada :-

Jacquelina Jumper - 4 Sains 2
Hirmalin binti Darno - 4 Sains 2
Reavle Pang - 2 Perdana
Wester Maljos - 6 Bawah
Koshigan S/O Guvalakrisnan - 3 Wawasan
Elton John - 4 Sains 1

Mereka telah dibimbing oleh Ms. Latifah Yusof Embun, Mdm. Annie Pius Intiang, Mdm. Lyndiana Elizabeth Jaikul, Mr. Nelven Ebin dan Mdm. Salome Chin.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada pasukan teater SMKB!








No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.