13 April, 2011

Program Anak Angkat Bagi Amalan Persekitaran Berkualiti 5S

SMK Bahang telah terpilih sebagai anak angkat untuk Program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Ibu Pejabat Penjara Negeri Sabah. Dengan kehadiran oleh Pengarah Penjara Sabah, YS PKK Mohd Sabri Bin Yaacob, telah melancarkan dan merasmikan program tersebut pada hari ini 13hb April 2011. Beliau telah memberi penerangan terperinci tentang program tersebut dan membuat lawatan di kawasan sekolah. Tahniah kepada SMKB kerana terpilih dalam program ini and semoga dengan program sedemikian, SMKB akan bertambah baik dari segala aspek. 





















No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.