Hari ini bersamaan dengan 02hb. April 2011, Mesyuarat Agong PIBG Sesi 2011/12 telah diadakan dengan jayanya pada sebelah pagi di kantin SMK Bahang, dengan kehadiran yang memberangsangkan dari ibu bapa yang sangat prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak mereka. Pelbagai aktiviti lain juga berlangsung dengan jayanya. Antaranya, kutipan derma untuk mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun yang berjaya mengutip sebanyak RM1280.30 dengan kerjasama Persatuan Sains Matematik dan Kelab Leo, derma tabung darah, ceramah motivasi keibubapaan dan cabutan bertuah. Pelantikan PIBG terbaru untuk sesi 2011/12 adalah seperti berikut :-
Penasihat : Puan Clari @ Clare Sikodol
Penasihat Khas : Prof. Wong Eng Kong
Yang Dipertua PIBG : En. Shukor
Naib Yang Dipertua PIBG : En. Abdul Rahman
Setiausaha : Pn. Suzana
Naib Setiausaha : Pn. Juliette Santino
Bendahari : En. Donny
Naib Bendahari : Pn. Angeline
AJK Ibu bapa : En. Awang, En. Marsuki, En. Setanis dan Pn. Morin
AJK Guru : Akan dilantik kelak oleh pihak sekolah
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan AGM PIBG 2011. Semoga dengan perlantikan baru ini akan memantapkan lagi PIBG SMK Bahang Penampang!
Salah satu ibu yang sedang membuat pendaftaran |
Barisan guru yang bertugas membuat pendaftaran ibu bapa |
Barisan guru yang bertugas membuat pendaftaran ibu bapa |
Ahli Kelab Leo yang tekun hadir untuk mengutip derma |
President Kelab Leo dengan kotak kutipan derma |
PK 1 dan PK petang, membincangkan sesuatu |
Pelajar yang terlibat dengan kutipan derma untuk mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun |
Sampul derma |
Barisan yang sabar menanti ketibaan ibu bapa |
YDP En. Shukor menandatangani kehadirannya |
Ketibaan En. Dennis Gompion, Pegawai Pelajaran Daerah Penampang |
Bacaan doa majlis |
YDP PIBG, En. Shukor memberikan ucapan beliau |
Puan Pengetua, Pn. Clari @ Clare Sikodol memberikan ucapan beliau |
Encik Dennis Gompion, memberikan ucapan beliau |
Cenderahati kepada En. Dennis Gompion, Pegawai Pelajaran Daerah Penampang |
Penghargaan kepada Puan Pengetua |
Penceramah motivasi keibubapaan |
Ustaz Dol, antara yang terawal menderma darah |
Kawan baik, Pn Elizabeth dan Pn Usha |
Penyerahan kutipan derma untuk mangsa Gempa bumi dan Tsunami Jepun sebanyak RM1280.30 |
En. Ivan, disokong oleh Pn. Annie |
En. Sarkawi, walaupun rasa takut namun menderma darah juga |
Pengusaha Kantin yang juga menderma darah kali pertama |
Barisan PIBG Sesi 2011/12 |
Perlantikan baru PIBG Sesi 2011/12 |
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi komen. Komen anda akan ditapis dan diluluskan untuk dipaparkan sekiranya mematuhi syarat-syarat sekolah.